Sunday 22 June 2014

KEJOHANAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA SELANGOR

Alhamdulillah, 2014 tahun yang gemilang untuk SK Bestari Jaya, Pasukan Bowling Pendidikan Khas SK Bestari Jaya telah membuktikan bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan dan iltizam yang tinggi.

Pada tahun 2014, Pasukan lelaki BP telah mendapat tempat ke-3 manakala pasukan perempuan BP telah memdapat tempat Naib Johan dan yang paling manis seorang murid kami adik Siti Nor Fateha telam mendapat Anugerah Jatuhan Pin Terbanyak bagi kategori perempuan BP dalam Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor.

Tahnian diucapkan kepada semua ahli kontigen SK bestari Jaya dan barisan jurulatih yang tidak jemu menyampai ilmu dan berkorban masa untuk memastikan kecemerlangan berterusan pasukan Bowling PPKI SK Bestari Jaya.







No comments:

Post a Comment