Sunday 22 June 2014

KEJOHANAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA SELANGOR

Alhamdulillah, 2014 tahun yang gemilang untuk SK Bestari Jaya, Pasukan Bowling Pendidikan Khas SK Bestari Jaya telah membuktikan bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan dan iltizam yang tinggi.

Pada tahun 2014, Pasukan lelaki BP telah mendapat tempat ke-3 manakala pasukan perempuan BP telah memdapat tempat Naib Johan dan yang paling manis seorang murid kami adik Siti Nor Fateha telam mendapat Anugerah Jatuhan Pin Terbanyak bagi kategori perempuan BP dalam Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor.

Tahnian diucapkan kepada semua ahli kontigen SK bestari Jaya dan barisan jurulatih yang tidak jemu menyampai ilmu dan berkorban masa untuk memastikan kecemerlangan berterusan pasukan Bowling PPKI SK Bestari Jaya.







MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 5 Mei 2014 bertempat di SK Taman Desa 2,  Alhamdulilah untuk Peringkat Negeri dua orang wakil sekolah kita telah berjaya mengharumkan nama SK Bestari Jaya. Sekalung Tahniah diucapkan kepada Kontigen Daerah Kuala Selangor atas kejayaan 4 orang wakil ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Kuantan , Pahang.
Alhamdulillah pada tahun ini seorang murid PPKI Sk Bestari Jaya, adik Raja Ahmad bin Raja Faisal telah terpilih untuk menjadi wakil Negeri Selangor untuk Acara Hafazan Lelaki BP yang akan dipertandingan pada Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan.
Keputusan Majlis Tilawah Al Quran
Peringkat Negeri Selangor
1. Raja Ahmad bin Raja Faisal       -  Johan Hafazan Lelaki BP Rendah ( Wakil Selangor)
                                                     -  Naib Johan Azan BP Rendah
2. Noradibah binti Zakaria             -  Naib Johan Bercerita Perempuan BP Rendah
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua perserta dan jurulatih yang memberikan komitmen tinggi dalam mengilap bakat seorang juara. 
Latihan Azan

Barisan jurulatih



Kontigen Kuala Selangor

Wakil SKBJ

Tuesday 6 May 2014

LAWATAN MURID PPKI SK BESTARI JAYA KE ZOO NEGARA

En Zia Amri, NYDP PK menghantar anaknya Haziq

Abg Asrul memriksa bilangan murid.


Sampai di Zoo Negara

Gambar kenang-kenangan


Melihat pertunjukan haiwan.



Menaiki trem




MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR

Sekalung tahniah untuk kesemua wakil PPKI SK Bestari Jaya yang telah menjadi Johan dalam setiap acara yang dipertandingkan. Alhamdulillah pada tahun ini tiga orang murid ppki telah terpilih untuk menjadi wakil Daerah Kuala Selangor untuk empat acara yang akan dipertandingan pada Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Selangor.

Keputusan Majlis Tilawah Al Quran 
Peringkat Daerah Kuala Selangor

1. Raja Ahmad bin Raja Faisal       -  Johan Hafazan Lelaki BP Rendah
                                                     -  Johan Azan BP Rendah
2. Noradibah binti Zakaria             - Johan Bercerita Perempuan BP Rendah
3. Mohamad Nor Shahrin bin Ajis  - Johan Bercerita Lelaki BP Rendah

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua perserta dan jurulatih yang memberikan komitmen tinggi dalam mengilap bakat seorang juara.


peserta BL acara azan

majlais penutup







Monday 17 March 2014

#Pray for MH 370#

Aktiviti mewarna dan kraft tanda sokongan dan semangat dari PPKI Sk Bestari Jaya. Moga semua anak kapal dan penumpang  MH 370 dalam keadaan selamat dan dilindunggi Allah. Kami disini hanya mampu mendoakan agar misteri kehilangan MH 370 dapat diselesaikan dengan segera.

aktiviti mewarna

draf pelan kapal terbang

murid mewarnakan

perlu ketelitian

pray 4 mh 270



kapal bebas di udara



Update Projek Fertigasi Timun PPKI SK Bestari jaya

14 Mac 2014

Anak pokok timun telah mencapai umur 2 minggu / 14 hst dan mula memanjat junjung tali. seminggu lagi mungkin anak pokok akan mula berbunga. 2 pokok dari 26 telah kecundang hasil kerja ulat daun dan kulat. Akar pokok reput dan di makan ulat. Baja AB 1.5 ec diberi sepanjang 2 minggu ini.

Tangki 200 liter dapat bertahan hampir 8 hari dengan penggunaan air sebanyak 1 liter sehari/ pokok. Sistem fertigasi mini yang digunakan tip top dan berjaya mengatasi masalah musim kemarau dan jerebu sepanjang 3 minggu ini. Alhamdulillah, lagi 4-5 minggu hasil dapat dikutip dan dijual.







Projek Khas 2014 : Projek Fertigasi Mini

Tahun 2014 ini, PPKI SK Bestari Jaya telah mengadakan Projek Khas Fertigasi Mini . Projek fertigasi ini adalah sebagai pengalaman dan juga kemahiran baru untuk murid pendidikan khas dalam mengaplikasikan teknologi baru dalam pertanian khasnya.

kami menjalankan projek tanaman timun sebagai permulaan projek ini. Barangan fertigasi guru-guru beli sendiri dan pemasangan sistem kami jalankan bersama dengan murid. Mari kita lihat gambar sepanjang projek ini dilaksanakan.