Sunday 22 June 2014

KEJOHANAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA SELANGOR

Alhamdulillah, 2014 tahun yang gemilang untuk SK Bestari Jaya, Pasukan Bowling Pendidikan Khas SK Bestari Jaya telah membuktikan bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan dan iltizam yang tinggi.

Pada tahun 2014, Pasukan lelaki BP telah mendapat tempat ke-3 manakala pasukan perempuan BP telah memdapat tempat Naib Johan dan yang paling manis seorang murid kami adik Siti Nor Fateha telam mendapat Anugerah Jatuhan Pin Terbanyak bagi kategori perempuan BP dalam Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor.

Tahnian diucapkan kepada semua ahli kontigen SK bestari Jaya dan barisan jurulatih yang tidak jemu menyampai ilmu dan berkorban masa untuk memastikan kecemerlangan berterusan pasukan Bowling PPKI SK Bestari Jaya.







MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 5 Mei 2014 bertempat di SK Taman Desa 2,  Alhamdulilah untuk Peringkat Negeri dua orang wakil sekolah kita telah berjaya mengharumkan nama SK Bestari Jaya. Sekalung Tahniah diucapkan kepada Kontigen Daerah Kuala Selangor atas kejayaan 4 orang wakil ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Kuantan , Pahang.
Alhamdulillah pada tahun ini seorang murid PPKI Sk Bestari Jaya, adik Raja Ahmad bin Raja Faisal telah terpilih untuk menjadi wakil Negeri Selangor untuk Acara Hafazan Lelaki BP yang akan dipertandingan pada Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan.
Keputusan Majlis Tilawah Al Quran
Peringkat Negeri Selangor
1. Raja Ahmad bin Raja Faisal       -  Johan Hafazan Lelaki BP Rendah ( Wakil Selangor)
                                                     -  Naib Johan Azan BP Rendah
2. Noradibah binti Zakaria             -  Naib Johan Bercerita Perempuan BP Rendah
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua perserta dan jurulatih yang memberikan komitmen tinggi dalam mengilap bakat seorang juara. 
Latihan Azan

Barisan jurulatih



Kontigen Kuala Selangor

Wakil SKBJ