Monday 25 January 2016

AKTIVITI PPKI SK BESTARI JAYA

AKTIVITI SEPANJANG 2015






PROGRAM PEMAKANAN SIHAT BERSAMA PELATIH UITM




1 MURID 1 SUKAN




MERENTAS DESA


AL FATIHAH

Pada tanggal 20 Januari 2016 jam 4.45 pagi, mantan GPK Pendidikan Khas SK Bestari Jaya. Tn Mohamad Dasuki bin Pomin telah menghembuskan nafas yang terakhir kerana sesak nafas.

Salam Takziah diucapkan. Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al Fatihah untuk arwah.

Sunday 22 June 2014

KEJOHANAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA SELANGOR

Alhamdulillah, 2014 tahun yang gemilang untuk SK Bestari Jaya, Pasukan Bowling Pendidikan Khas SK Bestari Jaya telah membuktikan bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan dan iltizam yang tinggi.

Pada tahun 2014, Pasukan lelaki BP telah mendapat tempat ke-3 manakala pasukan perempuan BP telah memdapat tempat Naib Johan dan yang paling manis seorang murid kami adik Siti Nor Fateha telam mendapat Anugerah Jatuhan Pin Terbanyak bagi kategori perempuan BP dalam Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor.

Tahnian diucapkan kepada semua ahli kontigen SK bestari Jaya dan barisan jurulatih yang tidak jemu menyampai ilmu dan berkorban masa untuk memastikan kecemerlangan berterusan pasukan Bowling PPKI SK Bestari Jaya.