Thursday 11 July 2013

Kem Kecemerlangan dan Motivasi UPSR dan PMR Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor

Pada 2 - 4 Julai 2013, kami telah menghantar seorang murid Program Inklusif ke Kem Kecemerlangan dan Motivasi UPSR dan PMR Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor yang bertempat di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor. Kami telah diwakili oleh adik Shairiff Ilman bin Rashidi yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Semasa kem ini dijalankan pelbagai ilmu dan juga tips menghadapi peperiksaan telah dikongsikan oleh guru-guru yang berpengalaman sebagai bekalan untuk pelajar pendidikan khas yang menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun ini. Ternyata kem ini memberikan motivasi dan semangat baru kepada pelajar untuk terus berjaya dalam kehidupan mereka.


Sesi Kelas






Ucapan Pegawai PPD En Harudin Huri

Ucapan En Azhar Minai
Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas
JPN Selangor


Adik Ilman

Peserta Program


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 2013M-1434H


Seluruh umat Islam di Malaysia akan menjalani Rukun Islam yang ke-3 iaitu ibadah puasa selama sebulan yang akan bermula  Rabu 10hb. Julai 2013 (1 Ramadhan 1434H).

Sehubungan dengan itu, kami ingin mengambil kesempatan sempena ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran pahala yang berpanjangan, dimurahkan rezeki serta beroleh keberkatan di dalam kehidupan kepada kita semua.