Sunday 26 January 2014

AMALAN DOA HARIAN


SAMBUTAN HARI LAHIR KE-8 HAZEEQ AMSYAR

Pada 24 Januari 2014 yang lepas, adik Hazeeq Amsyar telah mengadakan sambutan hari lahirnya yang ke 8 di PPKI Sk Bestari Jaya sempena meraikan ulang tahun kelahirannya. Sambutan ini telah ditaja oleh En Zia Amri ayah kepada adik Hazeeq Amsyar. Terima kasih diucapkan kepada En. Zia Amri sambutan hari lahir yang telah diadakan.






Selamat Hari Lahir ke 8


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS SK BESTARI JAYA

Pada 27 Januari 2014, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Bestari Jaya. Dalam majlis ini, tiga orang murid pendidikan khas telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah.

Antara murid yang dilantik ialah :-
  1. Siti Nor Fateha binti Rosli
  2. Raja Ahmad bin Raja Faisal
  3. Muhammad Nor Shahrin bin Mohd Ajis 
Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik menjadi Pengawas sekolah. Semoga amanah yang telah diberikan akan dilaksanakan dengan jujur dan juga amanah. Rasuah musuh negara!!

Hazim Ketua Kelas Tekad

Shahrin

Raja

Fateha

Perasmian oleh Tuan Guru Besar



Ikrar Pengawas

Saturday 25 January 2014

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU PENDIDIKAN KHAS KALI KE 4/2014 & MOTIVASI KEIBUBAPAAN PENDIDIKAN KHAS

Pada 25 Januari 2014, PPKI SK Bestari Jaya telah mengadakan program perjumpaan ibu-bapa sebagai program tahunan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan juga ibu bapa kepada anak istimewa ini. Perbincangan mengenai pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dijalankan bagi sesi Julai-Oktober 2013. Cadangan pelaksanaan RPI 2014 juga dibincangkan bagi memastikan kolaborasi antara ibu bapa dan guru dapat memacu kecemerlangan anak-anak istimewa ini.

Pada program ini beberapa agenda telah dibincangkan mengenai program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 dan juga program yang telah dirancang pada tahun ini. Perjumpaan ini juga menyentuh hal pengurusan elaun murid khas dan juga perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan program yang telah di rancang berjalan dengan lancar.

Di Akhir perjumpaan ini, satu Slot Motivasi Keibubapaan Pendidikan Khas disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Puan Norhasnizam binti Parman daripada PPKI SMK Puncak Alam. Dalam slot tersebut banyak memberikan panduan dan juga semangat kepada ibu bapa agar terus sabar dan tabah dalam mendidik anak-anak istimewa ini.






Cikgu Nazri menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Penceramah Jemputan

INFO : CIRI ANAK-ANAK AUTISMA

Kepada ibu-bapa yang tertanya-tanya apakah ciri autisme. Infografik di bawah dapat memberikan sedikit panduan ringkas untuk ibu-bapa yang masih kabur dan kurang faham masalah yang terjadi pada anak mereka. 

Angaplah kekurangan yang ada pada anak anda satu anugerah yang istimewa dan anda tidak patut malu dengan anak yang mengalami masalah autisme ini. Merekalah ahli syurga dan anda harus bersyukur dapat menjaga dan mendidik ank-anak syurga. Insya ALLAH.

Pada post selepas ini akan admin sisipkan 'Group Facebook' yang boleh anda rujuk jika anak anda mengalami ciri-ciri autisme. -CK-


Wednesday 22 January 2014

Tinggal Kenangan

Pada tahun ini kita telah kehilangan 7 orang anak istimewa yang telang melanjutkan pelajaran ke SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya. Pada November 2013 lalu telah diadakan Majlis Anugerah Graduasi Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Selangor di Dewan Dato Hormat, Tanjong Karang.

Semoga anak-anak istimewa ini  terus berjaya di masa hadapan.

adik Shairif Ilman UPSR 2B3C

adik Solihin

adik Adibah

adik Zakwan

adik Muthulecthumi

Penerima Anugerah Graduasi


Penerima Anugerah Graduasi

Tiada dalam gambar : Nabila dan Din

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak didik dan juga guru-guru PPKI SK Bestari Jaya. Selamat datang ke tahun 2014. Moga tahun ini lebih baik dan cemerlang daripada tahun hadapan. Insya Allah..

Pada tahun ini, PPKI SK Bestari Jaya telah menerima 5 orang ahli keluarga baru yang baru bersekolah di sini. Antara lima orang murid baru tersebut ialah Adik Ijat, Shafiee, Ah Poh, Aidid dan juga Haikal. Selamat datang diucapkan dan moga n anak istimewa ini memberikan keceriaan dan kecemerlangan kepada PPKI SK Bestari Jaya.