Saturday 25 January 2014

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU PENDIDIKAN KHAS KALI KE 4/2014 & MOTIVASI KEIBUBAPAAN PENDIDIKAN KHAS

Pada 25 Januari 2014, PPKI SK Bestari Jaya telah mengadakan program perjumpaan ibu-bapa sebagai program tahunan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan juga ibu bapa kepada anak istimewa ini. Perbincangan mengenai pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dijalankan bagi sesi Julai-Oktober 2013. Cadangan pelaksanaan RPI 2014 juga dibincangkan bagi memastikan kolaborasi antara ibu bapa dan guru dapat memacu kecemerlangan anak-anak istimewa ini.

Pada program ini beberapa agenda telah dibincangkan mengenai program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 dan juga program yang telah dirancang pada tahun ini. Perjumpaan ini juga menyentuh hal pengurusan elaun murid khas dan juga perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan program yang telah di rancang berjalan dengan lancar.

Di Akhir perjumpaan ini, satu Slot Motivasi Keibubapaan Pendidikan Khas disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Puan Norhasnizam binti Parman daripada PPKI SMK Puncak Alam. Dalam slot tersebut banyak memberikan panduan dan juga semangat kepada ibu bapa agar terus sabar dan tabah dalam mendidik anak-anak istimewa ini.






Cikgu Nazri menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Penceramah Jemputan

No comments:

Post a Comment