Sunday, 1 September 2013

YOK BARAAN!!

Baraan! ~ 
Mungkin ini kali pertama anda mendengar istilah ini. Cari dalam kamus dewan pun anda tidak akan jumpa. Namun di kawasan Bestari Jaya ataupun nama lamanya Batang Berjuntai yang didiami oleh masyarakat Jawa. Baraan adalah pengikat silaturahim dan juga masa untuk bermaafan antara ahli masyarakt melalui cara berziarah semasa hari raya. 

Penduduk kampung akan menghantar wakil dari setiap keluarga  dan mereka akan berziarah ke setiap rumah tanpa mengira tua dan muda dengan niat untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain. PPKI SK Bestari Jaya, meneruskan tradisi ini dengan menziarahi rumah terbuka anak-anak murid dan juga guru-guru SK Bestari Jaya. 

Kesemua murid tanpa mengira jantina, kaum, kelebihan, kekurangan dan masalah kami bawa dengan berkonvoi menaiki kereta guru-guru & PPM yang setia berkorban membawa murid-murid yang disayangi untuk memberikan pengalaman berharga ini dalam hidup. Murid-murid yang baru masuk ke kelas PPKI pada tahun ini seperti adik Haziq Amsyar, Alif Aiman, Eizlan, Dhurga & Afiq bergitu teruja melihat suasana Baraan ini.

Jom tengok Gambirun semasa Baraan!!




Di Rumah Haziq

Bersama datuk Haziq








Di rumah Faiqah


Konvoi baraan yg sedia berkhidmat


Pilih jgn tak pilih



Aneka Juadah yang menyelerakan

Di Rumah Nazwan




Raya rumah Cikgu Hamidah


No comments:

Post a Comment