Sunday, 16 June 2013

Syoknya ke Penang!

LAPORAN LAWATAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK BESTARI JAYA KE PULAU PINANG
PESERTA LAWATAN
Program melibatkan 32 orang murid dan 9 orang guru Pendidikan Khas serta 2 orang Pembantu Pengurusan Murid.
TARIKH
21 Mei 2013 hingga 23 Mei 2013 (Selasa – Khamis)
TEMPAT
Pulau Pinang :
1.      Bukit Bendera
2.      SK Sungai Dua
3.      Muzium Perang
4.      Toy Muzium
5.      Padang Kota Lama
6.      Fort Cornwallis
7.      Taman Rama-Rama
8.      Feri Pulau Pinang

LAPORAN LAWATAN

            Kami telah bertolak ke Pulau Pinang pada jam 8.00 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada jam 1.30 tengahari.Seterusnya kami mendaftar masuk ke tempat penginapan di RS Homestay. Pada hari pertama, kami melawat di Muzium Perang Batu Maung. Banyak ilmu  pengetahuan mengenai sejarah Perang Dunia Kedua yang kami perolehi di sini. Kemudian kami ke Padang Kota dan Fort Cornwallis untuk menikmati Pasembur yang terkenal di sini.

            Pada hari kedua, kami telah melawat ke Bukit Bendera dan menaiki kereta kabel dan juga melawat ‘Penang Buterfly Farm’. Murid-murid sungguh teruja kerana dapat bersiar-siar menaiki Bukit Bendera dan melihat keindahan rama-rama. Selepas itu, kami singgah di Batu Feringgi dan terus menuju ke ‘Toy Museum’.

            Pada hari ketiga, kami telah menaiki Feri Pulau Pinang untuk menuju ke Seberang Perai. Selepas itu, kami ke destinasi terakhir iaitu Lawatan Ilmiah di SK Sungai Dua. Disana kami disambut dengan paluan kompang dan dilayan dengan sangat baik oleh barisan pentadbir SK Sungai Du . Kami dipersembahkan dengan tiga buah persembahan murid pendidikan khas dan kami juga memberikan persembahan balas Lagu ‘Oh Guru’ hasil nyanyian murid dan petikan gitar guru-guru PPKI SK Bestari Jaya.

            Kami juga melawat kelas PPKI SK Sungai Dua dan ternyata kelas mereka sangat cantik dan skondusif untuk P&P murid khas. Selepas lawatan tersebut kami terus bergerak pulang ke SK Bestari Jaya. Kami telah sampai di sekolah pada jam 6.00 petang.Penang Buterfly Farm’. Murid-murid sungguh teruja kerana dapat bersiar-siar menaiki Bukit Bendera dan melihat keindahan rama-rama. Selepas itu, kami singgah di Batu Feringgi dan terus menuju ke ‘Toy Museum’.

            Pada hari ketiga, kami telah menaiki Feri Pulau Pinang untuk menuju ke Seberang Perai. Selepas itu, kami ke destinasi terakhir iaitu Lawatan Ilmiah di SK Sungai Dua. Disana kami disambut dengan paluan kompang dan dilayan dengan sangat baik oleh barisan pentadbir SK Sungai Du . Kami dipersembahkan dengan tiga buah persembahan murid pendidikan khas dan kami juga memberikan persembahan balas Lagu ‘Oh Guru’ hasil nyanyian murid dan petikan gitar guru-guru PPKI SK Bestari Jaya.


            Kami juga melawat kelas PPKI SK Sungai Dua dan ternyata kelas mereka sangat cantik dan skondusif untuk P&P murid khas. Selepas lawatan tersebut kami terus bergerak pulang ke SK Bestari Jaya. Kami telah sampai di sekolah pada jam 6.00 petang. 

No comments:

Post a Comment