Monday, 17 March 2014

#Pray for MH 370#

Aktiviti mewarna dan kraft tanda sokongan dan semangat dari PPKI Sk Bestari Jaya. Moga semua anak kapal dan penumpang  MH 370 dalam keadaan selamat dan dilindunggi Allah. Kami disini hanya mampu mendoakan agar misteri kehilangan MH 370 dapat diselesaikan dengan segera.

aktiviti mewarna

draf pelan kapal terbang

murid mewarnakan

perlu ketelitian

pray 4 mh 270



kapal bebas di udara



Update Projek Fertigasi Timun PPKI SK Bestari jaya

14 Mac 2014

Anak pokok timun telah mencapai umur 2 minggu / 14 hst dan mula memanjat junjung tali. seminggu lagi mungkin anak pokok akan mula berbunga. 2 pokok dari 26 telah kecundang hasil kerja ulat daun dan kulat. Akar pokok reput dan di makan ulat. Baja AB 1.5 ec diberi sepanjang 2 minggu ini.

Tangki 200 liter dapat bertahan hampir 8 hari dengan penggunaan air sebanyak 1 liter sehari/ pokok. Sistem fertigasi mini yang digunakan tip top dan berjaya mengatasi masalah musim kemarau dan jerebu sepanjang 3 minggu ini. Alhamdulillah, lagi 4-5 minggu hasil dapat dikutip dan dijual.







Projek Khas 2014 : Projek Fertigasi Mini

Tahun 2014 ini, PPKI SK Bestari Jaya telah mengadakan Projek Khas Fertigasi Mini . Projek fertigasi ini adalah sebagai pengalaman dan juga kemahiran baru untuk murid pendidikan khas dalam mengaplikasikan teknologi baru dalam pertanian khasnya.

kami menjalankan projek tanaman timun sebagai permulaan projek ini. Barangan fertigasi guru-guru beli sendiri dan pemasangan sistem kami jalankan bersama dengan murid. Mari kita lihat gambar sepanjang projek ini dilaksanakan.

























Tuesday, 11 March 2014

# Pray For MH370 #

KUALA LUMPUR: Misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing masih giat dilakukan dan kini memasuki hari ketiga.

Pesawat terbabit dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 1.40 pagi, awal pagi Sabtu.

Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Selain Malaysia, gerakan mencari besar-besaran ini turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

Berikut ialah kronologi kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa melalui sidang media yang diadakan dari semasa ke semasa.